Wednesday, July 8, 2009

Masalah- masalah yang selalu dihadapi oleh industri kecil dan sederhana

Ada masalah? Pemilik IKS selalunya tidak mempunyai latar belakang perakaunan yang baik. Ini boleh dibuktikan kebanyakannya tidak mempunyai sistem perakaunan yang teratur dan berserabut. Pemilik IKS juga tidak memahami keperluan adanya akaun dalam sesebuah entiti yang berdaftar dengan Suruhanjaya SyarikatMalaysia. Dimana pemilik tertakhluk dengan akta- akta di dalam Akta Syarikat 1965 dan Akta Cukai Pendapatan 1967. Dari pengalaman kami, kami mendapati pekerja-pekerja didalam IKS yang ditugaskan untuk menyenggara lejer, jurnal dan buku perakaunan tidak terlatih di dalam bidang perakaunan. Ini menyulitkan pemilik IKS apabila pemeriksaan audit dilakukan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri dan juga juruaudit luar.

No comments:

Post a Comment

Post a Comment